askar-2 ku !

Friday, 28 November 2014

susahnya kehidupan seorg blogger tanpa connection internet ke laptop

Pot pet kembali~


Assalammualaikum, 
Salam hatiku yg dirindu 😘


Allah, perasaan rindu yg menggebu hingga berdebu ini telah lama yayu pendam untuk kembali aktif merapu diruangan blog ini,. Teringatkan janji2 yayu pada entri yg lepas buatkan yayu rasa sesal dan terkilan sbb tak mampu tunaikan. Apakan daya? Hmm hmm

     Ya ! Cuba renungkan kembali topik yg yayu kemukan harini,. "Susahnya kehidupan seorg blogger tanpa connection internet ke laptop " . Betul tak apa yg yayu kemukan ini? Kite sebagai blogger msti lagi senang update itu ini melalui laptop kan? senang nak touch up itu ini bagai, senang nak baca komen, semuanya mudah kalau dpt on pakai laptop. 

    Post harini wujud sbb yayu teringat masa blog yayu tengah "HOT" dulu~ cewahhh hot,. Hahaha ok,. Ekceli yayu rindu sgt sgt sgtttt nak aktif mcm dulu, petuanya dulu yayu aktif sbb kat rumah ada wireless + laptop skrin besar. Then, yayu boleh terputus hubungan dgn blog sbb tahun lepas nak "SPM" then lepas SPM, yayu bhijrah pulak cari pengalaman kerja kat tempat lain,. Dan disebabkan kat rumah takde yg pandai guna internet, mama terpaksa potong wireless tu sepanjang  ketiadaan yayu, tambahan pulak lepas kerja 2-3 bulan, yayu dpt pulak tawaran pergi "PLKN". And until now kehidupan yayu dirumah tanpa sebarang connection yg dpt memudahkan yayu utk online blog dekat laptop. 

     "macam mana yayu online?"  ahaaa, mesti tertanya-tanya kan? cecehhhh, haha. Skrg ni yayu cuma cuba-cuba on pakai tab yg yayu ade ni dgn berbekalkan sumber internet daripada #Hotlink yg sememangnya internet dia free,. Dah nama pun free fhm2 lah ye? Mmg line dia mcm siput sedut,. Hahaha . Walaupun mcm siput sedut, ataupun apa2 jelah siput yg sama habitatnya, yayu tetap rasa happy sbb dpt bukak blog ni semula,. Walaupun agak susah nak cari org yg slalu baca blog yayu mcm dulu semula, tapi yayu akan cuba,. In sha allah blog ni takkan suram lagi.

    Sebenarnya yayu agak sesal sebab tak boleh nak edit blog mcm dulu. Haihhh buruk kan blog yayu? Dah tak nmpk seri dah,. Tapi yayu akan cuba cari masa yg sesuai untuk pergi ke cyber-cafe untuk luangkan masa 3-4 jam untuk kembali menyerikan wajah blog yayu yg suram ni,. Hmm hmm 😔

     Ya allah, kalau ikutkan banyak bende yg blog ni dah ketinggalan pasal yayu, and yayu rasa nak sgt cerita semuanya, tapi keadaan mmg tak mengizinkan. Ahaaa, sebelum terlupa yayu nak inform sikit pkembangan yayu lepas habis sekolah ni,. Hehe, Alhamdulillah sekarang yayu ambil keputusan untuk menyambung pelajaran ke tingkatan 6 ! Seriously risiko yg yayu ambil ni mmg tak tertanggung bebannya,. Tapi in sha allah yayu masih boleh teruskan,. Hehehe

    Memandangkan tab pun membolehkan yayu utk update blog sentiasa, yayu takkan putus hubungan dgn blog lagi,. Yayu syg blog yayu sgt sgt sgttttt~ hahaha dan dlm masa yg sama, yayu cuba jugak untuk mengotakan janji,. Cewahhhh. Sekian saja dripda yayu hari ni. 😉

    p/s: harapanku semoga wireless dpt disambungkan semula dan peminat setia blog ku yg dulu kembali mengikuti pkembangan ku semula. Sesungguhnya, feedback daripada org ramai lah yg akan buatkan aku kembali semangat untuk menulis kembali. ☺

No comments:

Post a Comment