askar-2 ku !

Saturday, 29 November 2014

penatnya mengemaskini blog !

pot pet sana sini ~ 


Assalammualaikum, 
salam hatiku :*


ahaaa, mmg rajin lah yayu skrg ni nak update blog kan? satu aktiviti atau hobi yg mmg yayu suka dari dulu.
tapi malangnya..... haishhh post yayu yg sudah yayu ade jelaskan halangan dan rintangan yg menyekat kebebasan yayu untuk berblogging lagi tu lah yg membuat kan yayu 'frust tertonggek' ~ hahaha

     ok now yayu spend time kat cyber cafe just for waste time ! sbb apa? sbbnya konon nak mohon SPA ! tapi tapi tapiiiiii~ hmmm takde kekosongan jawatan yg terbuka pun sekarang ni. bak kata org tua-tua "dah hujan baru nak cari payung" atau dlm erti kata yayu sendiri "dah nak 'u-ukk' baru nak cari jamban" hehehe mohon adik2, kakak2, abang2 sekalian jgn ikut otak kartun yayu ye? hmmm, disebabkan takde jawatan yg kosong, yayu pun bukak lah blog dan ingat nak touch-up balik blog yg dah bsawang mawang lawang layang-layang ni~ hahaha sorry ye? satu pangkal ayat kalau digabungkan dgn ayat lain yg sama bunyi ni mmg yayu suka reka cipta sbb bunyinye menarik perhatian yayu,. ecewahhh~ haha

    berpinar bijik mata yayu. tahu sebab apa? haaaa, gara2 dah bkurun tak ber-blogging, yayu tak tahu pun yg skrg ni sistem utk edik gambar bagi kegunaan 'edit html' dah lain ! ya allah, rasa mcm nak mengamuk je bila yayu cari balik code-code yg pernah yayu tanamkan dulu utk menghiasi blog ni dah takde ataupun susah gilerrrr nak cari,. so makna nya yayu nak buat pembaharuan bagi blog ni agak susah la jawabnya. mencari "tick expand widgets" pun tak ade ! haishh serabut mabut kabut !!!!!
     kesudahannya yayu masuk blog LYSSA yg slalu sgt yayu ikuti pkembangan tutorial dia suatu masa dulu.
dok lah mencari-cari cari dan terus mencari namun tiada ku temui *ibarat lagu lah pulak* hehehe
hmm hampa hatiku, yang yayu boleh buat hanya tukar lagu ! 
haaaa yg bende2 mcm tu mmg lah takde masalahkan sbbnya tak payah nak pkai 'edit html' tu ! ya allah. ade tak kat sini yg prihatin yg tahu mcm mana yayu boleh tukar "footer image'' yg kat bawah sekali tu? yayu dah separuh nyawa mencari, mengkaji dan menggali ideologi manakah yg dpt membantu yayu ! hmm hmm *cedih*

    sekarang yayu dah tak tahu nak buat mcm mana,. nak online blog selalu pun mmg tak boleh lah kan? takkan hari2 nak buat pelaburan dekat cc? boleh gugur bulu ketiak mama kalau hari2 yayu mintak duit kat dia sbb nak pergi cc ! ya allah, rumitnya kehidupan yayu skrg ni. nak tinggalkan blog buat selama-lamanya? mmg TAK ahhh ! hahaha, tak boleh rasanya kalau yayu tinggalkan dunia blogger sbb mmg kat sini lah tempatnya yayu mula meluahkan segala perasaan dan bkongsi pjalanan kehidupan yg tak berapa nak indah ini. cewahhhhh :(

     ok, nampaknya yayu byk merapu meraban harini. mohon maaf ye dgn celoteh yg meletihkan ini? hehe, moga yayu bisa terus menulis ! huuuuu~

p/s : terus memujuk hati, memberi semangat  dan melahirkan keyakinan dalam diri ku !
agar aku bisa hadapi dugaan ini ! sorry ye ayat agak poyo ! hahaha k bye ~ 
cau cin cau ! :*

Friday, 28 November 2014

susahnya kehidupan seorg blogger tanpa connection internet ke laptop

Pot pet kembali~


Assalammualaikum, 
Salam hatiku yg dirindu 😘


Allah, perasaan rindu yg menggebu hingga berdebu ini telah lama yayu pendam untuk kembali aktif merapu diruangan blog ini,. Teringatkan janji2 yayu pada entri yg lepas buatkan yayu rasa sesal dan terkilan sbb tak mampu tunaikan. Apakan daya? Hmm hmm

     Ya ! Cuba renungkan kembali topik yg yayu kemukan harini,. "Susahnya kehidupan seorg blogger tanpa connection internet ke laptop " . Betul tak apa yg yayu kemukan ini? Kite sebagai blogger msti lagi senang update itu ini melalui laptop kan? senang nak touch up itu ini bagai, senang nak baca komen, semuanya mudah kalau dpt on pakai laptop. 

    Post harini wujud sbb yayu teringat masa blog yayu tengah "HOT" dulu~ cewahhh hot,. Hahaha ok,. Ekceli yayu rindu sgt sgt sgtttt nak aktif mcm dulu, petuanya dulu yayu aktif sbb kat rumah ada wireless + laptop skrin besar. Then, yayu boleh terputus hubungan dgn blog sbb tahun lepas nak "SPM" then lepas SPM, yayu bhijrah pulak cari pengalaman kerja kat tempat lain,. Dan disebabkan kat rumah takde yg pandai guna internet, mama terpaksa potong wireless tu sepanjang  ketiadaan yayu, tambahan pulak lepas kerja 2-3 bulan, yayu dpt pulak tawaran pergi "PLKN". And until now kehidupan yayu dirumah tanpa sebarang connection yg dpt memudahkan yayu utk online blog dekat laptop. 

     "macam mana yayu online?"  ahaaa, mesti tertanya-tanya kan? cecehhhh, haha. Skrg ni yayu cuma cuba-cuba on pakai tab yg yayu ade ni dgn berbekalkan sumber internet daripada #Hotlink yg sememangnya internet dia free,. Dah nama pun free fhm2 lah ye? Mmg line dia mcm siput sedut,. Hahaha . Walaupun mcm siput sedut, ataupun apa2 jelah siput yg sama habitatnya, yayu tetap rasa happy sbb dpt bukak blog ni semula,. Walaupun agak susah nak cari org yg slalu baca blog yayu mcm dulu semula, tapi yayu akan cuba,. In sha allah blog ni takkan suram lagi.

    Sebenarnya yayu agak sesal sebab tak boleh nak edit blog mcm dulu. Haihhh buruk kan blog yayu? Dah tak nmpk seri dah,. Tapi yayu akan cuba cari masa yg sesuai untuk pergi ke cyber-cafe untuk luangkan masa 3-4 jam untuk kembali menyerikan wajah blog yayu yg suram ni,. Hmm hmm 😔

     Ya allah, kalau ikutkan banyak bende yg blog ni dah ketinggalan pasal yayu, and yayu rasa nak sgt cerita semuanya, tapi keadaan mmg tak mengizinkan. Ahaaa, sebelum terlupa yayu nak inform sikit pkembangan yayu lepas habis sekolah ni,. Hehe, Alhamdulillah sekarang yayu ambil keputusan untuk menyambung pelajaran ke tingkatan 6 ! Seriously risiko yg yayu ambil ni mmg tak tertanggung bebannya,. Tapi in sha allah yayu masih boleh teruskan,. Hehehe

    Memandangkan tab pun membolehkan yayu utk update blog sentiasa, yayu takkan putus hubungan dgn blog lagi,. Yayu syg blog yayu sgt sgt sgttttt~ hahaha dan dlm masa yg sama, yayu cuba jugak untuk mengotakan janji,. Cewahhhh. Sekian saja dripda yayu hari ni. 😉

    p/s: harapanku semoga wireless dpt disambungkan semula dan peminat setia blog ku yg dulu kembali mengikuti pkembangan ku semula. Sesungguhnya, feedback daripada org ramai lah yg akan buatkan aku kembali semangat untuk menulis kembali. ☺

Sunday, 26 January 2014

ilusi? kenapa ilusi?

pot pet sana sini ~



Assalammualaikum,.
Hola Holi !
hehe :p

alololooo, ada nampak tak gambar atas tu? ya ya ! yg ada gambar 'minah' mana entah sesat tu ~ haha,.
ya ! saya la tu ! so? apa kena mengena dgn anda? opsss ~ wait wait ! mesti ada kena mengena ! yeahhh !
ada nampak kelainan tak dekat situ? bukan bukan ! bukan pada gambar, tapi pada tulisan yg ada disitu ~
yeahhh ! ada nampak tak perkataan 'ilusi' ? okay ! highlight kan pkataan tu sebab itu menjadi topik perbincangan kita hari ini ~ cewahhh :p

     okeng okeng ~ memandangkan yayu telah 'berjanji' isnin lalu untuk buat kelaianan sikit bagi kemunculan yayu dekat blog ni setelah sekian lama menyepi kan kan kan,. yayu pun dok berfikir sepanjang malam nama apa yg sesuai untuk yayu tukarkan daripada 'yayu o'lala' kepada ???????
okay, masih menjadi tanda tanya dan diletak tanda soal sepanjang jalan lebuh raya karak ~
cishhhh ~ -,-

      hihi,. memandangkan yayu dah jumpa solution for this problem, tak tahu mcm mana dapat pulak satu idea pasal nama 'baru' ni,.. 'yayu ilusi' ! 
okey, sebelum dgn rasmi nya yayu mendaftar nama ni dimana-mana ruang blogger, yayu sempat bincang dgn teman sebilik yayu yg merangkap 'BEST FRIEND FOREVER' sebab sekarang kan kiteorang tgah belajar hidup sendiri,. dah nama pun jauh dari family kan? huhu
okay, back to de point, kawan yayu tu kata, nama ni agak sesuai sebab yayu ada perancangan yayu sendiri untuk 'cuba-cuba' menulis kisah ala-ala cerpen ke, novel ke melalui blog kan? ya ya ya,. seperti yg dijanjikan melalui post yayu yg baru-baru ni ~ yg belum baca boleh KLIK SINI

       yayu kalau berjanji memang akan ditepati sebab yayu susah nak berjanji,. tapi bila dah berjanji itu bermaksud, yayu mampu untuk tunaikan janji yayu tu :)
tapi sekarang yayu tengah cuba ! cuba untuk menarik perhatian org masuk blog yayu ni,.
yelahhh? takkan yayu nak update blog, tulis kisah panjang-panjang, pastu syok sendiri sebab tak ada siapa pun yg sudi masuk blog ni apalagi untuk baca post yayu yg org rasa 'ishhhh, mcm tak best blog dia ni' 'ishhh, mcm budak-budak' 'ishhhh, tak faham laaa' 'ishhh, sakit mata laaa, sebab banyak warna PINK' dan bla~ bla~ bla ~ 

      hahaha, betul kan apa yg yayu katakan? tambah lagi yg soal 'warna pink' tu ! okay ! kalau soal tu yayu mintak maaf banyak-banyak sebab benda tu mmg takkan berubah ~ hihihi,. sebabnya yayu minat pink sangat-sangat-sangat-sangat dan sangat k? hahaha, tapi takde la minat mana pun sebenarnya ~ huhu :*

      okay, memandangkan korang dah baca post yayu sampai tahap ni, yayu ucapkan 'puluhan' terima kasih sebab dah sudi baca blog yayu ni,. yayu mintak maaf sebab hanya mampu beri 'puluhan' kerana nak bagi 'ratusan' atau 'jutaan' tu rasa mcm banyak sgt sedangkan korang cuma baca post ni je kan? lain lah kalau ada yg mula ikut post-post yayu dari awal hingga ke akhir ataupun ada yg setia tunggu update yg terbaru dari yayu kan? yg tu mmg yayu tabik spring lahh ! huhu,.

     thanks a lot for visiting me :) teruskan sokongan anda ! semoga anda akan sentiasa berbahagia bersama celoteh yayu yg 'senget' ni :) bubyeeee :*

Monday, 20 January 2014

sekian lama ~

pot pet sana sini ~

Assalammualaikum 
hola warga-warga dan rakyat-rakyat blogger yg dah semakin kurang penghuninya ~
yayu disini telah kembali setelah sekian lama menyepi.


okay, back to the story,. korang semua tahukan yg sebelum ni yayu busy sebab konon-konon nya 'struggle' untuk SPM ! cewahhh ~ haha, tapi SPM dah sebulan berlalu kan? dan sekarang baru yayu nak buat kemunculan setalah hampir 6 bulan tak update blog..

     FYI, yayu tengah sebok kerja konon nak cari duit beli handphone baru sebab nya nak up-to-date ~ haha
mestilah nak up-to-date kan? sebab nya hidup ni mesti pandang ke depan,..tapi lupakan sekejap pasal handphone bagai ~ selagi yg mana masih bfungsi dan boleh call and texting, kita pakai lah dula ya? hehe

     usha jap gambar yg kat atas? motif? okay, semalam yayu enjoy seharian dgn kawan2,. tu je lah yg nak bagitahu ~ haha LOL -,-
sebenarnya yayu nak buat kelainan sikit untuk blog yayu kali ni,. maklumlah sempena tahun 2014,. memandangkan pulak umur yayu dah 18 tahun kan? dah tak berapa nak busy pasal study bagai ~ so yayu rasa yayu nak create post mcm sebuah novel yg bersambung-sambung,.. sebab yayu mmg ada impian untuk menulis novel sendiri bdasarkan kisah hidup yayu sendiri,. tu pun kalau boleh lah,. in-sya-allah :)

     memandangkan yayu dah lama tak update blog kan? yayu tahu penghuni yg selalu baca blog yayu mesti dah hilang kemana-mana,. hmm, tak tahu mana nak cari diorang lagi,. hope kalau masih ada,. kalau lah kan? haha, kalau masih ada makhluk allah yg baca post2 yayu ni, komen la sepatah dua,. jgn la malas-malas ya?
saya juga manusia biasa seperti anda,. haha,..

     okay guys, i got to go sebab time update blog ni pun curi-curi masa kerja,. apa-apa pun sentiasa bharap hari ni lebih baik dari semalam dan sentiasa bfikiran positif :) smile ~ bye :* 
assalammualaikum