askar-2 ku !

Saturday, 29 November 2014

penatnya mengemaskini blog !

pot pet sana sini ~ 


Assalammualaikum, 
salam hatiku :*


ahaaa, mmg rajin lah yayu skrg ni nak update blog kan? satu aktiviti atau hobi yg mmg yayu suka dari dulu.
tapi malangnya..... haishhh post yayu yg sudah yayu ade jelaskan halangan dan rintangan yg menyekat kebebasan yayu untuk berblogging lagi tu lah yg membuat kan yayu 'frust tertonggek' ~ hahaha

     ok now yayu spend time kat cyber cafe just for waste time ! sbb apa? sbbnya konon nak mohon SPA ! tapi tapi tapiiiiii~ hmmm takde kekosongan jawatan yg terbuka pun sekarang ni. bak kata org tua-tua "dah hujan baru nak cari payung" atau dlm erti kata yayu sendiri "dah nak 'u-ukk' baru nak cari jamban" hehehe mohon adik2, kakak2, abang2 sekalian jgn ikut otak kartun yayu ye? hmmm, disebabkan takde jawatan yg kosong, yayu pun bukak lah blog dan ingat nak touch-up balik blog yg dah bsawang mawang lawang layang-layang ni~ hahaha sorry ye? satu pangkal ayat kalau digabungkan dgn ayat lain yg sama bunyi ni mmg yayu suka reka cipta sbb bunyinye menarik perhatian yayu,. ecewahhh~ haha

    berpinar bijik mata yayu. tahu sebab apa? haaaa, gara2 dah bkurun tak ber-blogging, yayu tak tahu pun yg skrg ni sistem utk edik gambar bagi kegunaan 'edit html' dah lain ! ya allah, rasa mcm nak mengamuk je bila yayu cari balik code-code yg pernah yayu tanamkan dulu utk menghiasi blog ni dah takde ataupun susah gilerrrr nak cari,. so makna nya yayu nak buat pembaharuan bagi blog ni agak susah la jawabnya. mencari "tick expand widgets" pun tak ade ! haishh serabut mabut kabut !!!!!
     kesudahannya yayu masuk blog LYSSA yg slalu sgt yayu ikuti pkembangan tutorial dia suatu masa dulu.
dok lah mencari-cari cari dan terus mencari namun tiada ku temui *ibarat lagu lah pulak* hehehe
hmm hampa hatiku, yang yayu boleh buat hanya tukar lagu ! 
haaaa yg bende2 mcm tu mmg lah takde masalahkan sbbnya tak payah nak pkai 'edit html' tu ! ya allah. ade tak kat sini yg prihatin yg tahu mcm mana yayu boleh tukar "footer image'' yg kat bawah sekali tu? yayu dah separuh nyawa mencari, mengkaji dan menggali ideologi manakah yg dpt membantu yayu ! hmm hmm *cedih*

    sekarang yayu dah tak tahu nak buat mcm mana,. nak online blog selalu pun mmg tak boleh lah kan? takkan hari2 nak buat pelaburan dekat cc? boleh gugur bulu ketiak mama kalau hari2 yayu mintak duit kat dia sbb nak pergi cc ! ya allah, rumitnya kehidupan yayu skrg ni. nak tinggalkan blog buat selama-lamanya? mmg TAK ahhh ! hahaha, tak boleh rasanya kalau yayu tinggalkan dunia blogger sbb mmg kat sini lah tempatnya yayu mula meluahkan segala perasaan dan bkongsi pjalanan kehidupan yg tak berapa nak indah ini. cewahhhhh :(

     ok, nampaknya yayu byk merapu meraban harini. mohon maaf ye dgn celoteh yg meletihkan ini? hehe, moga yayu bisa terus menulis ! huuuuu~

p/s : terus memujuk hati, memberi semangat  dan melahirkan keyakinan dalam diri ku !
agar aku bisa hadapi dugaan ini ! sorry ye ayat agak poyo ! hahaha k bye ~ 
cau cin cau ! :*